SAYA PEDULI:ADAB SEORANG ANAK
Sunday 2 June 2013 | 23:09 | 0 weird people

IBU BAPA MERUPAKAN PENDIDIK AWAL
SEORANG ANAK SEBELUM MELANGKAH KE ALAM BARU.
ADALAH SESUATU YANG TIDAK MANIS ANDAINYA SEORANG
ANAK TIDAK MEMPEDULIKAN TUNJUK AJAR DAN ADAB TERHADAP
IBU MAHUPUN BAPA.

 Mendengar dan mengikut segala perkataan ibu bapa.
Usah melawan kerana lazimnya perkataan ibu bapa
adalah baik.

 Bersama-sama berdiri sebagai tanda hormat.Usah
duduk dengan senang-senang sedangkan ibu bapa
berdiri ketika berbual.

 Menyahut dengan segera apabila dipanggil.Usah 
membiarkan panggilan ibu bapa tidak berjawab
atau berulang-ulang.

 Meminta izin ketika mahu ke mana-mana.
Usah keluar rumah atau pergi ke mana-mana
tanpa pengetahuan ibu bapa.

 Bersalam tangan ketika pergi belajar
atau berpisah sementara.Usah hanya melambai-lambai
daripada jauh.

 Bercakap sekadar suara yang boleh didengar.
Usah menjerit ketika berbual dengan ibu bapa.

 Senyum ketika berhadapan dengan
ibu bapa.Usah memuncungkan bibir dan bermasam
muka di hadapan mereka.

Teks:Teacher Ruby



WELCOME TO MY BLOG ! Engage me for advertorials,food,reviews,media appearances,etc at:syiarhati123@gmail.com

CURRENTLY : Alien(s) 
MOOD : i'm happy.


Life Scene
The Author
Radhanah Afifah
Terengganu Blogger