VALENTINE : Mengapa sayang sehari sahaja?
Sunday, 12 May 2013 | 03:17 | 0 weird people

Valentine ialah nama yang diambil sempena nama seorang paderi
iaitu Saint Valentino.Pada 14 Februari 270M,St.
Valentine dihukum bunuh kerana bergaduh dengan penguasa Romawi
iaitu Raja Claudius II [268 - 270 M].St Valentine
dianggap sebagai simbol ketabahan serta keberanian.Oleh sebab itu,
pengikut-pengikut paderi ini mengadakan satu upacara
keagamaan mereka untuk memperingatinya.

Tetapi sejak abad 16M,upacara keagamaan tersebut mulai berubah
kepada pesta berkasih sayang.Hari Valentine ialah pesta berkasih sayang.
Hari Valentine ialah pesta kasih syang bangsa Romawi kuno yang disebut 
sebagai "Supercalis" iaitu jatuh pada 15 Februari.Setelah ramai orang Romawi
menganut Kristian,pesta "Supercalis" berubah pada hari kasih sayang kerana kepercayaan 
orang Eropah mengatakan bahawa hari kematian Saint Valentine itu ialah hari untuk 
berkasih sayang kerana waktu kasih sayang itu mulai bersemi pada 14 Februari.

Jadi dapat kita simpulkan bahawa Hari Valentine merupakan kepercayaan
yang boleh merosakkan akidah orang Islam.Ini adalah muslihat orang
Barat yang hanya bertopengkan percintaan.

ASPEK ZAHIR 

Secara zahirnya,Hari Valentine dapat dihuraikan kepada 
dua perspektif : 

  Perspektif Akidah 

Hari Valentine bukanlah hari untuk berkasih sayang
kerana ia hanya rekaan fikiran manusia tanpa berlandaskan agama.

 Perspektif Motivasi

Persoalan motivasi di sini merangkumi objektif dan motif
Hari Valentine itu dianggap istimewa.Keistimewaan hari itu diperuntukkan 
khas untuk semua orang mengungkapkan rasa sayang,cinta dan
kasih kepada pasangan mereka.Tidak ada jalan keluar kepada hubungan 
cinta sehingga menyebabkan pasangan yang menyambutnya di Barat menganggap
seks menjadi jalan keluar kepada kemuncak perasaan ini.

ASPEK SOSIAL

Menurut seseorang penulis beragama Kristian,Hari Valentine sudah
dianggap sebagai "pesta seks".Di Britain,Hari Valentine dianggap sebagai 
"Impotence Day", yang menunjukkan aktiviti seks berlaku secara
berleluasa.Pegaulan bebas antara lelaki dan perempuan bukan sesuatu
yang mencerminkan Islam yang sebenar kerana dalam Islam,kita disarankan
agar berkahwin untuk mengelakkan diri daripada menghampiri zina dan perbuatan
maksiat.Melalui perkahwinan,keinginan seks dapat disalurkan secara halal dan selamat.
Perkahwinan juga dapat mengelakkan diri daripada terkena jangkitan HIV yang 
berpunca daripada perlakuan seks rambang.

ASPEK PEMIKIRAN

Valentine menekankan kasih sayang sebagai asas sedangkan dalam Islam
perkara adalah ilmu dan amal.Islam bukan sahaja di hati tetapi dipamerkan melalui amal.
Konsep kasih sayang menjadi sebahagian daripada usaha untuk mendekati Allah s.w.t.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud : "Tidak beriman seseorang antara kamu
sehingga ia mencintai saudaranya lebih daripada mencintai dirinya sendiri."

ASPEK CARA HIDUP

Sesetengah orang berpendapat,Hari Valentine adalah kaedah untuk menunjukkan cara
hidup yang sihat kerana adanya galakan untuk berkasih sayang.Sayangnya,tidak ramai yang mahu 
memahami hari kebesaran Islam sebagai jalan untuk berkasih sayang seperti Hari Raya
Aidilfitri dan Hari Raya Aidiladha.Mengapa kita sebagai seorang Islam tidak meraikan hari-hari
ini untuk berkasih sayang?Mengapa perlu kita meraikan Hari Valentine yang bukan
perayaaan orang Islam? 

Pesanan daripada saya : Bukankah kita sepatutnya lebih mencintai Allah
dan rasulnya?Kemudian ibu bapa kita.Dan seterusnya ahli
keluarga kita?Ada tak kat dalam ni ada perkataan
'makwe' dan 'pakwe'? 

Teks:Ustaz Fauzi Abdul Hamid 
 
 



WELCOME TO MY BLOG ! Engage me for advertorials,food,reviews,media appearances,etc at:syiarhati123@gmail.com

CURRENTLY : Alien(s) 
MOOD : i'm happy.


Life Scene
The Author
Radhanah Afifah
Terengganu Blogger