KERANA SEBIJI BUAH EPAL
Friday 3 May 2013 | 06:10 | 0 weird people
Kata-kata itu menyentak hati Tsabit.Hatinya berdebar-debar apabila lelaki
tua itu mengenakan syarat,lantas dia bertanya lagi : "Apakah syaratnya tuan?"
Tsabit benar-benar mahu kemaafan daripada lelaki tua itu.Hatinya bimbang jika lelaki itu tidak menghalalkan
buah yang telah diambilnya.Maka,jawab lelaki itu,
"Kamu harus mengahwini puteriku."
Tsbait terpaku seketika,dia tidak faham apa yang dimaksudkan oleh orang tua itu.
"Sebelum pernikahan ini berlaku,kamu harus tahu terlebih dahulu
tentang kerkurangan yang ada pada diri puteriku.Puteriku seorang yang buta,bisu dan tuli.Dan
dia juga seorang yang lumpuh." Sambung lelaki tua itu lagi.
Mendengar penjelasan itu Tsabit terkedu,hatinya terus berkata-kata.Adakah ini jodoh yang ditakdirkan
untuknya hanya kerana sebiji buah epal.Setelah berfikir sejenak,berkatalah
Tsabit. "Saya akan terima pernikahan ini dan bertekad akan mengadakan
transaksi dengan Allah Rabbul 'alamin.Untuk itu saya akan memenuhi kewajipan
dan hak saya kepadanya kerana saya amat berharap Allah SWT meredai hidup saya
dan mudah mudahan saya dapat meningkatkan kebaikan-kebaikan di sisi-Nya."
Maka pernikahan itu dilaksanakan.
Seusai pernikahan itu,Tsabit dipersilakan masuk ke kamar untuk
menemui isterinya.Tatkala kakinya melangkah sahaja ke bilik itu,Tsabit dikejutkan dengan 
kehadiran seorang wanita yang jelita dan penuh
kesempurnaan. 'Mana mungkin ini isteriku' detik hati Tsabit.
Apa yang diperkatakan oleh bapa mertuanya tidak sama
dengan wanita ini.Namun begitu,Tsabit terus memberi salam.
"Waalaikumussalam.Benar,akulah isterimu."
Wanita itu bersuara apabila melihat perubahan wajah suaminya.
Dia seolah-olah mengetahui apa yang tersirat di hati suaminya itu.
Tsabit semakin terkejut apabila mendengar suara yang keluar dari bibir wanita itu.
Tsabit terfikir,mengapa bapa mertuanya menyampaikan berita-berita yang bertetangan 
dengan yang sebenarnya. "Mengapakah ayahmu mengatakan bahawa
dirimu buta,tuli,bisu dan lumpuh?" soal Tsabit.
Dia masih tidak berani mendekati wanita itu.
"Ayahku benar,aku dikatakan buta kerana aku tidak pernah melihat
apa-apa yang diharamkan Allah.Aku dikatakan tuli kerana aku tidak 
pernah mendengar berita dan cerita orang yang tidak diredai Allah.Dan aku dikatakan lumpuh kerana aku tidak pernah melangkah ke tempat-tempat kemaksiatan
yang akan mengundang kemurkaan Allah.Aku dikatakan bisu kerana dalam banyak hal
aku hanya menggunakan lidahku untuk menyambut asma Allah," jelas wanita itu dengan suara yang lembut dan merdu pada pendengaran Tsabit.
Setelah mendengar penjelasan daripada wanita yang juga isterinya
itu,Tsabit mengucapkan syukur kerana Allah mempertemukan dia dengan wanita solehah yang 
telah menjadi permaisuri hatinya. "Subhan-Allah.Kau laksana bulan purna,wahai isteriku,"
Ucap Tsabit.Mereka pun melayari bahtera rumah tangga
dengan kebahagiaan dan keharmonian.Tidak lama kemudian,mereka dikurniakan 
seorang putera yang ilmunya memancarkan hikmah ke seluruh penjuru dunia.
Beliau adalah Al Imam Abu Hanifah an-Nu'man bin Tsabit.




   
  

WELCOME TO MY BLOG ! Engage me for advertorials,food,reviews,media appearances,etc at:syiarhati123@gmail.com

CURRENTLY : Alien(s) 
MOOD : i'm happy.


Life Scene
The Author
Radhanah Afifah
Terengganu Blogger