INFO ---> HIKMAH ---> MUTIARA
Friday, 10 May 2013 | 01:52 | 0 weird people
 Hikmah bermaksud pengetahuan,falsafah,kata-kata yang sesuai
dengan kebenaran dan kenyataan.Kebijaksanaan dan kebenaran
itu sendiri diberikan Allah kepada sesiapa yang dikehendaki.
Mereka adalah orang yang sentiasa berbaik sangka kepada Allah
sepeti firman Allah yang bermaksud : "Aku bergantung pada sangkaan hamba-hamba-Ku"
-Maksud Hadis-
  Apabila engkau melihat orang yang berilmu mencintai
dunia,maka curigailah ia tentang agamanya,kerana orang yang
mencintai sesuatu itu akan menyibukkan diri dengan apa yang dicintainya itu
-Sayidina Umar-
 Tiga perkara untuk melawan nafsu syahwat : 
a. Memalingkan mata ke arah yang lain ketika
bertemu dengan perkara yang menaikkan syahwat kerana
mata itu palingan Tuhan dan hati itu palingan syaitan
b. Carilah yang halal,kerana Allah tidak mengharamkan
sesuatu yang melainkan diadakan gantinya yang halal.
c. Perasaan takwa kepada Allah dalam jiwanya sendiri.
Insaf bahawa Allah mengetahui segala perkara.
-Hukama-

 Merenung dan memikirkan pada perkara kebajikan
menimbulkan minat hendak mengamalkannya.Menyesal
mengerjakan ketaatan menimbulkan kehendak 
untuk meninggalkannya.
-Ibn Abbas-

 Ada tiga perkara yang mendorong hati manusia
untuk berbuat baik : 

a. Pujukan dan ancaman daripada orang yang diingini 
faedah daripadanya atau ditakuti seksaanya.
Ini didorong syahwat dan itu hanyalah sikap orang awam.

b. Mengharap pujian daripada sesiapa yang memuji,
atau takut celaan daripada orang yang mencela.Ini kerana malu dan itu
adalah perbuatan raja-raja dan orang besar.

c. Mengerjakan kebaikan kerana dia memang baik,
dan bercita-cita hendak menegakkan budi yang utama.
Inilah perintah daripada pertimbangan akal dan perbuatan
orang hukum atau ahli fikir.
-Imam Al-Ghazali-

 Hanya lidah yang mahu berdusta dan berbohong.Namun
pandangan mata,hayunan kedua-dua belah tangan,langkah
kedua-dua belah kaki dan pergerakan tubuh serta seluruh anggota badan akan menafikan apa
yang diucapkan oleh lidah.
-Sayidina Ali Bin Abi Talib-

sumber : Gen-Q



WELCOME TO MY BLOG ! Engage me for advertorials,food,reviews,media appearances,etc at:syiarhati123@gmail.com

CURRENTLY : Alien(s) 
MOOD : i'm happy.


Life Scene
The Author
Radhanah Afifah
Terengganu Blogger