HADIAH BUAT GURU
Wednesday, 15 May 2013 | 04:09 | 0 weird people

 Kerap tersenyum apabila bersua dengan guru.Serikan senyuman
dengan ucapan salam.

 Buat lebih daripada apa yang guru mahukan.Jika guru meminta anda
membuat latihan bab 1,laksanakan misi itu sebaiknya.Tetapi selepas selesai,dapatkan
buku latihan yang lain dan buat lagi latihan bab 1 dalam bentuk soalan yang berlainan.
Pasti anda mampu menguasai bab tersebut dengan lebih pantas berbanding pelajar-pelajar
lain.

  Sentiasa cari peluang untuk bertemu dengan guru bagi bertanyakan soalan
berkaitan bab yang diajar pada minggu tersebut.

 Mesti hadir dalam setiap kelas tambahan yang diadakan.Sebenarnya anda 
tidak layak untuk ponteng kelas tambahan.Maklumlah,kelas tersebut bukannya 
menyebabkan cikgu anda lebih mudah untuk skor.Ia memudahkan anda untuk cemerlang.
Diulangi,untuk anda menjadi CEMERLANG.

  Sentiasa doakan kesejahteraan guru anda agar mereka dilimpahi
rahmat Allah.Dan mudah-mudahan ilmu yang anda peroleh berkat dan melekat.


WELCOME TO MY BLOG ! Engage me for advertorials,food,reviews,media appearances,etc at:syiarhati123@gmail.com

CURRENTLY : Alien(s) 
MOOD : i'm happy.


Life Scene
The Author
Radhanah Afifah
Terengganu Blogger