CINTA DENGAN MUKA BUKU?
Apa khabar semua?Saya doakan anda semua berada dalam keadaan cergas,
cerdas dan penuh energi.Wah,hari ini kita akan berbicara tentang perkara yang cukup menarik iaitu
FACEBOOK
Siapa hari ini yang tiada Facebook?Budak kecil pun ada bukan?Mak budak pun ada.
Dan yang menakutkan,hari ini Facebook sudah menjadi ketagihan.Jika dihalang di rumah,
di luar rumah berlaku juga.Justeru,saya terpanggil untuk membantu anda semua terus cemerlang
dalam pelajaran,dalam masa yang sama masih sempat bersosial secara maya.
Bukan hendak menggalakkan,tetapi kalau disuruh berhenti,mesti tidak boleh.Jadi cara ini akan
membantu untuk menjinakkan ketagihan anda dan insya-Allah satu hari nanti anda
boleh berhenti dari membung masa di Facebook.
FACEBOOK BUKAN SYARAT SEBELUM BELAJAR
TETAPI GANJARAN SELEPAS BELAJAR
Maknanya Facebook hanya wajar digunakan apabila anda selesai belajar.
Jadikan ia sebagai ganjaran atau hadiah bagi menghargai kejayaan anda menelaah
pelajaran.Ramai pelajar yang kurang bijak menjadikan Facebook sebagai
"Pemanas Enjin" sebelum memulakan perjalanan studi mereka.Kononnya
untuk menaikkan semangat belajar atau mengelakkan fokus minda terganggu.
Tetapi malangnya,sebaik sahaja tamat "berFacebook",minda anda sudah pun penat,fokus
anda sudah pun lemah dan semangat anda sudah pun luntur.Akhirnya,Facebook
yang kononnya patut menjadi pembantu,sudah berubah menjadi pembantut.
FACEBOOK SETENGAH JAM=2 JAM ANDA BELAJAR
Jika anda benar-benar mahu "berFacebook"dan dalam masa yang sama
juga mahu cemerlang dalam pelajaran,berjanjilah dengan diri
anda bahawa setiap dua jam anada belajar,barulah anda layak untuk "berFacebook"
untuk tempoh masa setengah jam.Selagi tidak cukup kuota tersebut,usah sesekali
anda mendekatkan diri dengan Facebook.Dikhuatiri apabila anda
melanggar janji,anda akan dilanda "tsunami" studi.Jadi,kalau sejam masa "berFacebook"
baru anda akan berpuas hati,maka belajarlah selama empat jam.Senangkan?
FACEBOOK UNTUK BERBINCANG DAN BERDAKWAH
BUKANNYA UNTUK MAKSIAT DAN FITNAH
Satu lagi perkara penting yang perlu diambil kira adalah tujuan "berFacebook."
Anda mungkin akan memperoleh manfaat andai kata anda menggunakan
Facebook untuk berbincang dan mencari jawapan kepada persoalan
yang membantu pemahaman anda terhadap ilmu yang anda pelajari.Dan Facebook
juga akan menambah nilai hidup anda apabila anda memafaatkannya
untuk berdakwah.Anda berkongsi perkara kebaikan an menyebarkan peringatan
kepada rakan-rakan untuk menjauhi kemungkaran..Tetapi menjadi
sesuatu yang amat malang,jika anda sekadar menggunakan Facebook untuk perkara
yang sia-sia.Mengupat rakan,memberi komen berbaur lucah,menyebarkan
fitnah dan gosip serta membaca tulisan-tulisan mengarut yang tidak membawa faedah
adalah contoh-contoh tabiat buruk pelajar "berFacebook" yang kecundang.
Anda mahu gagal seperti mereka?Pasti tidak,bukan?
Dipetik daripada : Ahmad Badrul Sani Baharuddin
|
Radhanah AfifahTerengganu Blogger
|
The Author
Basic Biography
-
Name : Radhanah Afifah
-
Birthday : 18 Mac 2002
-
Current city : Kuantan,Pahang
-
Hometown : Terengganu
-
Status : single
fact about me
-
One i love Allah and Rasulullah
-
Two i love study.
-
Three i love my family.
-
Four i love my friend.
A Big thanks
SHAAA
Dr.Chenta
APPLEPINE
IRONDJ