7 CARA MEMUJUK RAKAN EMO
MENGAMBIL WUDUK
=Kita ajak rakan emo kita sama-sama mengambil wuduk.Sambil
memujuk,kita katakan bahawa air basahan wuduk boleh menyejukkan
hati yang lara.Dengan syarat kita ikhlas.
MENULIS SESUATU YANG POSITIF
=Berikan beberapa helai kertas dan pen atau pensel kepadanya.Kemudian
katakan kepadanya supaya menulis apa yang dicita-citakan di
atas kertas tersebut.Sambil itu,kita katakan bahawa tulisan yang baik dan positif
boleh merangsang fikiran ke arah yang lebih baik.
MEMUJINYA DENGAN SEADANYA
=Kita duduk di hadapannya sambil memerhatikan wajahnya.
Kita katakan kepadanya bahawa dia seorang yang bijak dan cantik.Alangkah
baiknya kalau kebijakan dan kecantikan itu kita luahkan syukur
kepada Allah.Dengan itu nanti,dengan izin Allah,Allah akan cantikkan hati kita
dengan ketenangan dalam semua hal.
TUNJUKKAN KASIH SAYANG
=Tanyakan kepadanya kalau-kalau rakan emo kita tu hendakkan sesuatu
seperti : Nak makan apa,Nak minum apa,Nak membaca apa,Nak menonton apa...
apa-apa sahaja aslkan perbuatan itu tidak melanggar syariat.Kalau boleh,
kita lakukannya bersama-sama.
BERBUAL-BUAL DAN BERADA DI SAMPING
=Usah biarkan rakan emo kita duduk bersendirian atau melakukan apa-apa
sahaja seorang diri.Kiata mesti turut serta.Sebaik-baiknya
biarlah kita berbual-bual dengannya tentang sesuatu yang menggembirakan,
tapi jangan sesekali kita melayan cerita emosinya.Kita bawa perbualan yang menyenangkan.
MEMINTA MAAF
=Ringankan lidah kita untuk meminta maaf andainya kita yang
menyebabkan rakan emo kita menjadi begitu.Mengaku kesalahan atau
kesilapan kita walaupun bukan kita yang memulakannya.Kita katakan kepadanya
bahawa kita rindukan persahabatan yang terjalin sebelum ini.
PERLIHATKAN KEPADANYA TENTANG INDAHNYA ISLAM
=Jika rakan emo kita seorang yang agak degil,kita cari seseorang yang rapat
dengannya untuk memujuk,seperti adik beradiknya atau kawan karibnya
atau gurunya atau sesiapa sahaja yang kita lihat ada potensi yang rakan
emo kita itu dapat meluahkan perasaan.Tetapi kena ingat,seseorang
yang rapat dengannya itu biarlah yang mempunyai pegangan
agama yang baik.Kalau sebaliknya,ajaklah guru kaunseling atau
ustaz atau ustazah berjumpa dengan rakan emo kita tu.
EMO GIRL
Sumber : Gen-Q