Selamat Menyambut Hari Raya!!!
Saturday 3 August 2013 | 08:31 | 0 weird people

Masa hari Khamis hari tu,kawan kawan semua berkumPul untuk
minta maaf.Ada juga yang semPat mintak duit raya dari 
kawan kawan yang lain.Bahagia je rasa.Kitaorang bercadang
nak mintak duit raya dari cikgu2 masa jamuan hari raya nanti.Kitaorang
berani mintak dari cigku yang sPorting je..yang ganas kitaorang
100Peratus tak berani..=]..

Ada juga cikgu yang suruh kitaorang datang beraya kat
rumah..Insyaallah kitaorang datang cikgu...Saya
bukan suka Pun beraya kat mane2.Saya lagi suka beraya 
dekat kamPung..Gi rumah jiran2,saudara mara..MERIAH!!!

Bagi kawan2 yang sPorting giler,diorang akan kata
diorang dah maafkan sgala silaP and salah..dan 
berjanjji nak kasi duit raya..masa tu  Punyalah 
semangat tahaP gaban!!!

Aidun Mubarak Semua!!!
TIPS ELAK TAKUT MAYAT
Wednesday 19 June 2013 | 05:37 | 0 weird people

Banyakkan baca ayat Qursi dalam hati

Sedekahkan Al-Fatihah sebelum menyentuh si mati

Jangan lalu lalang pada sebelah kepala dan kakinya
[Kepala dan kaki tempat roh keluar]

Pegang kakinya dulu sebelum lihat mukanya

Mantapkan hati elak bersedih bersangatan.Ingat sesungguhnya 
kita daripada-Nya dan akan kembali pada-Nya.
[Allah Azawajalla]

Pesanan:Kalau masih takut juga,tu tandanya dosa kamu
lebih banyak daripada pahala.INSAFLAH.





DR.FARHAN HADI DAN FATIMAH SYARHA
Sunday 9 June 2013 | 04:24 | 0 weird people

Pasangan suami isteri Fatimah Syarha binti Mohd Noordin
dan Dr.Farhan Hadi bin Mohd Taib adalah novelis Islami.Fatimah Syarha   
merupakan graduan UIAM dalam pengkhususan Fiqh
dan Psikologi manakala suaminya merupakan
graduan UNIMAS dalam bidang perubatan.Novel Cinta High Class 
adalah karya gabungan pertama mereka terbitan Galeri Ilmu.

Bersaman anak dan suami tercinta




KISAH PADERI DAN GEMBALA KAMBING
Monday 3 June 2013 | 22:26 | 0 weird people


Kejadian berlaku di sebuah negara yang tidak dapat dipastikan namanya. Masyarakat dalam negara itu hidup dalam keadaan yang aman dan damai. Rata-rata penduduknya adalah yang menganut agama Islam.

Suatu hari datang seorang cendekiawan kristian, yang ingin menguji keagungan dan kebenaran Tuhan yang disembah. Cendekiawan itu berjumpa dengan raja negara tersebut dan meminta kebenaran untuk berdebat dengan penduduk-penduduk di negara itu.

Pertaruhan yang telah ditetapkan oleh cendekiawan itu adalah, jika dia dikalahkan, dia beserta seluruh ahli keluarganya akan memeluk Islam. Sebaliknya jika dia menang, raja hendaklah memberi dia kekayaan dan kebenaran menyebarkan agamanya di situ. Dan syarat terpenting perbahasan ialah menggunakan bahasa isyarat. Kemudian raja pun bertitah mengumumkan pertandingan tersebut kepada rakyat dan barangsiapa yang kalah, dia akan dikenakan hukuman yang berat.

Setelah hampir waktunya, muncullah seorang pengembala kambing Islam yang ingin membela agamanya. Dengan berat hati,raja membenarkan kerana tiada siapa lagi yang berani menyahut cabaran itu. Pada hari pertandingan, rakyat berkumpul di padang yang luas dan gembala kambing didudukkan bertentangan dengan cendekiawan kristian.

Bermulalah soalan, cendekiawan menunjukkan satu jari kepada hadirin. Gembala kambing pula menunjukkan dua jarinya pada hadirin. Dan jawapannya betul!

Cendekiawan menunjukkan dua jari pula dan gembala kambing menunjukkan lima jari, jawapannya juga betul.

Kemudian, cendekiawan menunjukkan lima jari, gembala kambing menunjukkan enam jari. Betul juga! Raja mula berfikir, hebat juga gembala kambing ini.

Cendekiawan yang tidak berpuas hati, membuat bulatan pada hadirin dengan tangannya, kemudian gembala kambing menunjukkan penumbuk tangannya. Betul lagi...

Lalu cendekiawan tersenyum puas hati. Cendekiawan mengeluarkan pedang dan halakan ke langit. Gembala kambing pula mengeluarkan pisau kontotnya, lalu dijunamkan ke bumi. Betul! Lalu cendekiawan menepuk tangan.

Cendekiawan kemudiannya menunjukkan seekor ayam ditangan dan gembala kambing menunjukkan telur ayam ditangan. Betul...

Maka tamatlah sesi perdebatan. Raja amat berpuas hati dengan kepandaian gembala kambing. Cendekiawan itu mengadap raja, untuk menunaikan janjinya. Raja bertanyakan soalan dan jawapan perdebatan antara cendekiawan dan gembala kambing. Cendekiawan pun mula bercerita...

"Sungguh hamba akui kebesaran Tuhan, sehingga rakyat tuanku dapat menjawab dengan baik sekali. Sebenarnya soalan hamba, tunjuk satu jari bermakna adakah kalimah syahadah cuma yang pertama sahaja? (Asyhaduallah ilaha illallah...) Jawapan yang diberikan gembala kambing, dua jari.Jawapannya betul kerana sambungannya, (wa asyhaduan namuhammadarrasullullah)"

"Hamba tunjukkan dua jari, bermakna adakah rukun islam ada dua? Gembala kambing memberi jawapan, lima. Betullah... Bila hamba tunjukkan lima jari,maksudnya adakah islam setakat itu sahaja? Jawapan yang diberikan enam jari, sebab rukun iman ada enam"
"Bulatan pula bermakna siapa yang jadikan bumi? Gembala kambing |menjawab penumbuk, betullah sebab Allah yang Maha Berkuasa. Bila hamba |mengeluarkan pedang dan menunjuk ke langit, gembala kambing mengeluarkan pisau kontotnya dan menjunamkan ke bumi. Betullah... kerana Allah yang jadikan langit dan bumi."

"Ayam tu sebenarnya soalan bonus... apakah asal usul kejadian ayam itu Jawapannya telur... betullah...Sesungguhnya hamba amat berbesar hati dan akan mendalami islam sepenuhnya, serta menyebarkannya"

Raja tersenyum gembira mendengar soalan dan jawapan tersebut.Kemudiannya gembala kambing dipanggil untuk mengadap Raja, maka diberikan ganjaran yang telah dijanjikan. Dan bertanyalah Raja akan rahsia gembala kambing tersebut, adakah soalan itu dah bocor? Gembala kambing pun bercerita...

"Hamba sungguh tak puas hati betul dengan orang Kristian yang sombong itu.Dia tunjuk satu jari, maknanya dia nak kambing hamba satu. Jadi hamba menjawab, dua pun hamba boleh bagi. Dia tunjuk dua maknanya dia nak lagi dua pulak! Nak empat la maksudnya. Dan hamba jawab lima pun boleh.Kemudian dia tunjuk lima, maknanya takkan lima jea...? Oklah hamba boleh bagi enam pada dia."

"Lepas tu dia tunjuk bulatan, maknanya dia nak semua kambing hamba.Hamba pun tunjuklah penumbuk. Pas tu dia keluarkan pedang, wah wah... dia ingat orang kaya je ada pedang. Hamba pun tunjuk pisau kontot hamba.Sekurang-kurangnya hamba ada juga. Kemudian dia tunjuk ayam pulak!Amboi... mentang-mentanglah dia kaya, selalu makan ayam... Hamba pun mampu... walaupun hanya telur ayam. Tapi patik tetap bersyukur, kerana dia dah sedar dan nak peluk islam, sekurang-kurangnya dia takkan sombong dan bongkak lagi..."

Tergelak besar Raja mendengar penjelasan gembala kambing tersebut. Sungguh besar keagungan Tuhan... walau dengan cara apa sekalipun islam dicabar dan dihina, Islam akan tetap terbela.
SAYA PEDULI:ADAB SEORANG ANAK
Sunday 2 June 2013 | 23:09 | 0 weird people

IBU BAPA MERUPAKAN PENDIDIK AWAL
SEORANG ANAK SEBELUM MELANGKAH KE ALAM BARU.
ADALAH SESUATU YANG TIDAK MANIS ANDAINYA SEORANG
ANAK TIDAK MEMPEDULIKAN TUNJUK AJAR DAN ADAB TERHADAP
IBU MAHUPUN BAPA.

 Mendengar dan mengikut segala perkataan ibu bapa.
Usah melawan kerana lazimnya perkataan ibu bapa
adalah baik.

 Bersama-sama berdiri sebagai tanda hormat.Usah
duduk dengan senang-senang sedangkan ibu bapa
berdiri ketika berbual.

 Menyahut dengan segera apabila dipanggil.Usah 
membiarkan panggilan ibu bapa tidak berjawab
atau berulang-ulang.

 Meminta izin ketika mahu ke mana-mana.
Usah keluar rumah atau pergi ke mana-mana
tanpa pengetahuan ibu bapa.

 Bersalam tangan ketika pergi belajar
atau berpisah sementara.Usah hanya melambai-lambai
daripada jauh.

 Bercakap sekadar suara yang boleh didengar.
Usah menjerit ketika berbual dengan ibu bapa.

 Senyum ketika berhadapan dengan
ibu bapa.Usah memuncungkan bibir dan bermasam
muka di hadapan mereka.

Teks:Teacher Ruby


KATA-KATA ISLAMI
| 22:49 | 0 weird people












 
KATA-KATA MOTIVASI
Friday 24 May 2013 | 23:56 | 0 weird people






WELCOME TO MY BLOG ! Engage me for advertorials,food,reviews,media appearances,etc at:syiarhati123@gmail.com

CURRENTLY : Alien(s) 
MOOD : i'm happy.


Life Scene
The Author
Radhanah Afifah
Terengganu Blogger